Monday, June 20, 2016

PERKAKASAN

2.2 PERKAKASAN
2.2.1 PERANTI INPUT


Hasil Pembelajaran :

  1. Mengenalpasti Peranti Input yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video.
2.2.1 Peranti Input

  • Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
  • Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai output.
  • Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :
i - Teks
  1. Papan Kekunci (Keyboard)
Rajah 2.11: Papan Kekunci
          Merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci. pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.
ii - Grafik

Rajah 2.12: Mesin Pengimbas

    1.  Mesin Pengimbas
          Peranti in menukarkan imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.
     2.  Kamera Digital
Rajah 2.13: Kamera Digital
     

       Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.

   
 3.  Pengimbas Kod Bar
     Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya yang mewakili nombor. Pengimbas Bar Kod digunakan untuk input data dari kod bar ke dalam komputer. Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.

iii - Audio
      

   Peranti input audio digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi seperti input. sedangkan peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara.
iv - Video
      Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.
v - Lain-lain
    1.  Skrin Sesentuh
Rajah 2.18: Skrin Sesentuh
        

        Peranti ini bertindak sebagai peranti input dan pada masa yang sama sebagai peranti output. Ia membenarkan pengguna memberikan arahan atau membuat pilihan dengan hanya menyentuh pada skrin. Contoh perkakasan yang mempunyai skrin sesentuh adalah mesin ATM Bank, telefon pintar, mesin kiosk dan mesin juruwang.



    2.  Peranti Penunjuk
Rajah 2.19: Tetikus
Rajah 2.20: Kayu Ria
         Peranti ini digunakan untuk memberi arahan berdasarkan kursur penunjuk (pointing cursor).


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda....